Kangar, 12 November 2025 – Suasana Masjid Alwi, Kangar, Malaysia pada malam program Tausiah Maghrib Bersama Ilmuwan Nusantara berlangsung penuh khidmat dan sarat penghayatan. Para jamaah yang hadir memenuhi ruang utama masjid bukan saja datang untuk mendengar nasehat, tetapi juga bagi menimba hikmah dari para ulama yang diundang Majlis Ilmuwan Nusantara (MIN) Kali Ketiga Tahun 2025.

Antara tokoh yang mendapat perhatian besar pada malam tersebut ialah ulama Indonesia, K.H. Nidlol Masyhud, Pemangku Pondok Pesantren Maskumambang yang tampil menyampaikan tausiah kelembutan. Dalam penyampaiannya, beliau mengajak para jamaah untuk menyadari bahawa setiap insan telah Allah karuniakan tiga bekal utama: harta, raga, dan jiwa. Ketiga bekal ini, menurut beliau, bukan sekedar anugerah, tetapi amanah yang menentukan arah hidup seseorang.
“Jika dibandingkan antara ketiganya, jiwa adalah yang paling utama,” tegas K.H. Nidlol Masyhud. Beliau menyampaikan bahwa harta membantu kelangsungan kehidupan di dunia, raga memberi kemampuan untuk beramal dan berkhidmat, namun jiwa adalah inti yang menentukan seseorang berjalan menuju redha Allah atau sebaliknya.
Beliau kemudian membacakan hadits qudsi yang terkenal, mengingatkan bahwa hidayah adalah “gizi jiwa” dan satu-satunya pembimbing yang mampu mengubah hati manusia. “Mintalah petunjuk kepada Allah, niscaya Allah akan memberi petunjuk,” ujar beliau.

Lebih jauh, K.H. Nidlol Masyhud mengingatkan bahwa setiap insan kelak akan ditanya tentang empat perkara: umur, raga, harta, dan ilmu. Khusus mengenai ilmu, beliau menekankan bahawa ilmu yang benar menjadi nutrisi utama bagi jiwa, membentuk ketenangan, kebijaksanaan, dan kekuatan.
Tausiah yang disampaikan secara runtut dan menyentuh hati itu turut mengajak masyarakat untuk memelihara tiga modal kehidupan tersebut mengikut keutamaan yang benar. “Jika setiap individu menjaga jiwanya, niscaya umat akan menjadi kuat,” pesan K.H. Nidlol.
Majlis yang berlangsung bakda solat Maghrib ini mendapat sambutan hangat daripada jamaah. Program ini merupakan salah satu agenda utama dalam rangkaian Majlis Ilmuwan Nusantara (MIN) Kali Ketiga 2025 yang mengangkat tema “Ta‘awun Dalam Dakwah: Antara Persamaan dan Perbezaan”.
